Monday, August 31, 2009

NEGARA MERDEKA...1 MALAYSIA.

 
Kesyukuranku
Keamananmu
Segalanya atas satu perpaduan

Rakyat bersatu seiring dan maju
Pencapaian jadi mercu

Satu tak mengenal bangsa
Tak memisahkan kita
Terus perkasa

Kita satu Malaysia
Teguh ikrar bersama
Negaraku tercinta
Satu bangsa Satu Malaysia

Sunday, August 30, 2009

Dugaan di Bulan Ramadhan.

Dalam menjalani ibadat puasa,manusia pastinya akan menerima pelbagai ujian daripada Allah SWT,selain daripada ujian menahan lapar dan dahaga,ujian kesabaran sementara menunggu waktu berbuka,ujian keimanan dalam menjalankan semua suruhan-Nya serta ujian daripada pelbagai sudut dan rupa.
Namun sebagai manusia biasa,kita tidak akan lepas daripada melakukan pelbagai kesalahan,jika terdapat sebarang kekurangan serta kesalahan yang tidak kami sengajakan harap dimaafkan dan sama-samalah kita mendoakan agar silaturrahim yang telah lama terjalin kembali pulih seperti sediakala walaupun mungkin didalam hati masih terpalit secebis duka...Salam Ramadhan kepada semua.

Friday, August 28, 2009

Orang Atas Pagar Lebih Rasional Daripada UMNO,PAS dan PKR?

Tajuk di atas adalah dipetik dari blog CCZ,Puteri teringin untuk berkongsi pendapat,jika tersilap harap di maafkan.
Orang atas pagar lebih rasional kerana mereka tidak terlibat langsung dalam mana-mana parti dan hanya tahu menikmati segala kemudahan serta kesenangan yang telah diperjuangkan oleh parti-parti yang tidak mereka ketahui latarbelakangnya.Janji setiap bulan dapat gaji,hutang terbayar,boleh ke sini sana ataupun bercuti pada hujung tahun sudah lebih daripada mencukupi dan mengganggap politik ini adalah sesuatu yang hanya membuang masa serta tidak mendatangkan apa-apa.Sedangkan jika dilihat pada sejarah, UMNO banyak memainkan peranannya dalam pembentukan Malaysia.Mungkin SEMANGAT perjuangan lampau semakin lama semakin pudar lantaran terlalu banyak persepsi serta campurtangan pihak yang tidak berkenaan.Namun ramai yang tidak mahu mendengar tentang sejarah lampau,apa yang ingin mereka dengar adalah parti mana yang lebih kuat dan parti mana yang lebih 'kurap'.

Thursday, August 27, 2009

Keputusan Sultan Kedah

Sultan Kedah telah memperkenankan ADUN Lunas,Mohd Radzhi yang telah mengistiharkan dirinya sebagai wakil bebas pada hari Ahad yang lalu,digugurkan daripada jawatan EXCO dan melantik ADUN Kulim,Lim Soo Nee sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah yang baru.Dengan perlantikan tersebut berakhirlah segala spekulasi tentang status beliau.Jika kebebasan yang di pilih,maka bebaslah beliau daripada menjawat sebarang jawatan.

Tuesday, August 25, 2009

Keputusan PRK di Permatang Pasir

PAS kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir,Calonnya,Mohd Salleh Man meraih 9,618 undi,menewaskan calon BN,Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi.
Rasanya keputusan yang diumumkan seperti tidak berbaloi dan amat mengecewakan ,jika di bandingkan dengan kerja kuat para jentera yang bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan BN pada PRK kali ini.Dengan keputusan yang diterima juga memberi isyarat bahawa BN harus bekerja dengan lebih kuat dalam mengembalikan kepercayaan rakyat serta meraih kembali undian agar kembali berpihak kepada BN.

Sunday, August 23, 2009

Ketua Puteri Merbok Telah Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Pada 14hb Ogos 2009, Ketua Puteri Bahagian Merbok iaitu Puan Shaqirah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 1.37pm walaupun kandungan beliau baru mencecah 7 bulan. Semoga beliau dan bayinya sihat hendaknya. Tahniah diucapkan dan dengan kehadiran cahayamata tersebut akan lebih menceriakan lagi kehidupannya sekeluarga.

Saturday, August 22, 2009

Kursus Blog Serta Perjumpaan Bersama Dengan Bloggers di Alor Star,Kedah.

Barisan peserta yang turut hadir untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada dengan peserta yang lain.Wakil daripada Puteri Bahagian Merbok, Naib Puteri serta Bendahari.
Salah seorang Blogger yang hadir - Mejar Anuar sedang memberikan sedikit penerangan serta berkongsi info yang amat berguna kepada semua peserta.Dalam ramai-ramai blogger yang hadir,salah seorang daripadanya adalah Mantan Ketua Puteri Bahagian Merbok.Oleh kerana perwatakan serta kematangan wajahnya tampak berbeza telah menyebabkan wakil puteri hampir tidak mengenalinya.Mohon maaf atas kekeliruan tersebut, segala teguran serta pandangan daripada semua pihak amatlah kami hargai.Terima kasih.

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Puasa

Puteri Merbok mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan,maafkan segala keterlanjuran dari segi tutur kata maupun perbuatan,semoga amalan puasa kita akan di terima oleh Allah S.W.T.

Sunday, August 2, 2009

Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Merbok - 01/08/2009


Ketibaan YB. Dato' Noh Omar untuk merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Merbok Tahun 2009
Kenangan Bersama Timb. Pengerusi Tetap - Wan Marzuki, Bendahari Bahagian - Dato' Haji Man, Ketua Penerangan - Dato' Zubir & AJK Bahagian - Hasan Aziz
Ketua Pemuda Merbok dikelilingi oleh Puteri-puteri Merbok
Mmmmm....Semuanya Manis-manisss belaka...