Saturday, October 24, 2009

BAJET 2010


Perdana Menteri Malaysia

Hari ini 23hb Oktober 2009, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak telah membentangkan Bajet 2010, yang berjumlah RM191.5 bilion dengan tiga strategi utama untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.  Dalam bajet bertemakan "1 Malaysian Kemakmuran Bersama", beliau mengumumkan penubuhan Dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan tabungan terbesar RM100 untuk biaya aktiviti kemasyarakatan. Mulai 2010, penjawat awam boleh membuat pinjaman beli komputer setiap 3 tahun. Kerajaan menyediakan subsidi dan insentif hampir RM 2 bilion untuk sektor pertanian pada 2010 termasuk subsidi harga padi RM400 juta, subsidi baja padi RM300 juta dan elaun sara hidup untuk nelayan RM130 juta. RM30 bilion disediakan untuk pendidikan menengah & rendah, biasiswa dan tingkat prasarana termasuk membina 80 sekolah baru. Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini telah bertukar menjadi Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar dan RM48 juta telah diperuntukan untuk membasmi kemiskinan bandar. Klinik 1 Malaysia setaraf Klinik Desa akan di dirikan di kawasan perumahan dalam bandar yang beroperasi dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam dengan menyewa rumah kedai.

Kesemua Kementerian dan Jabatan Kerajaan akan disediakan pusat asuhan & jagaan kanak-kanak khusus untuk kakitangan awam.  Bayaran khas RM500 yang sebelum ini diberikan kepada kakitangan sokongan diperluaskan kepada Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara kakitanga awam.  RM21 bilion disediakan untuk meningkatkan perkhidmatan polis seperti hadir di kawasan ramai, balai polis bergerak di 50 hotspot, latihan 3,000 Rela dan Jabatan Pertahanan Awam dan RM37 bilion lagi untuk tingkat kecekapan polis dengan kelengkapan moden & canggih, sasaran turun indeks jenayah kepada 5% dan indeks jenayah jalanan 20%.  Pelepasan diri pembayar cukai kini naik daripada RM8,000 kepada MR9,000.  Kadar cukai individu, koperasi & bukan pemastautin turun kepada 26%.  Golongan bekerja sendiri seperti pemandu teksi, nelayan & penjaja ditawarkan sertai KWSP dalam Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia. Tiap caruman RM100 sebulan, kerajaan carum 5%, menjadikan dalam 15 tahun simpanan berjumlah RM40,000.

Peranan Wanita untuk menguruskan keluarga sangat penting dan dengan itu kerajaan telah memperuntukan RM180 juta untuk latihan kemahiran melalui Jabatan Pembangunan Wanita dan Amanah Ikhtiar Malaysia.  50,000 miskin tegar & 4,000 orang asli dibantu dengan latihan & jana pendapatan.  Perdana Menteri mengarahkan agihan bantuan JKM mesti pada hari pertama tiap bulan.  Selain tawaran 44,000 rumah DBKL untuk dijual kepada penyewa, 74,000 lagi rumah kos rendah akan dibina pada tahun 2010 bagi tujuan sewaan.  Subsidi petrol dan diesel serta komoditi lain akan disusun semula pada 2010 bagi memastikan hanya golongan sasar layak merasai skim itu.

Akhir sekali, seesungguhnya inilah satu persembahan yang tulus dan ikhlas daripada kerajaan yang menjiwai rakyat.  Bulatkan tekad, tetapkanlah hasrat, menjunjung gagasan 1 Malaysia, segala yang mustahil akan pasti menjadi nyata.  1 MALAYSIA, KEMAKMURAN BERSAMA.

(Semua maklumat Bajet 2010 boleh di dapati di http://www.treasury.gov.my)

Monday, October 12, 2009

Tahniah BN !!!


Kemenangan besar yang diperolehi oleh Tan Sri Isa Samad yang mewakili BN dengan jumlah undian sebanyak 8013 mengalahkan calon daripada PAS Zulkefly Mohamad Omar yang hanya mendapat undian sebanyak 2578 dengan perbezaan majoriti sebanyak 5435 telah mengembalikan semangat kebanyakan ahli dalam BN serta memberikan gambaran yang BN masih lagi relevan serta masih diterima oleh rakyat.Walau pelbagai persepsi serta tafsiran yang telah dibuat dalam tempoh berkempen serta bermacam tohmahan yang diterima.Namun rakyat tetap memilih calon BN iaitu Tan Sri Isa Samad di Dun Bagan Pinang.Sokongan padu ini telah diterjemahkan oleh rakyat setempat melalui undian yang telah diterima dengan jumlah yang begitu memberangsangkan.Moga sokongan yang diterima ini akan berterusan dan ucapan tahniah kepada semua barisan jentera yang bertungkus lumus dalam memastikan kemenangan BN.Syabas diucapkan kepada Tan Sri Isa Samad. Tidak dilupakan barisan pucuk pimpinan yang turut sama 'turun padang' serta menyertai program serta  pelbagai kempen yang telah diadakan pada tempoh tersebut,moga kejayaan ini akan menjadi semangat untuk kita sama-sama memastikan 'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan...' HIDUP BN !!!!

Sunday, October 11, 2009

Congratulation KSK Tanjung Dawai



Dari Kiri : Naib Pengerusi, Penolong Setiausaha, Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa KSK Tanjung Dawai



Inilah Anugerah yang telah diterima oleh KSK Tanjung Dawai



Sessi bergambar bersama Ketua Pengarah Pembangunan Persekutuan, Ketua Pengarah Sukan Negeri Kedah dan Timbalan Pengarah Sukan Negeri Kedah

Tahniah di ucapkan kepada Kelab Sukan Komuniti Tanjung Dawai kerana berjaya dinobatkan sebagai Pemenang Bagi Kategori Pertubuhan Sukan Peringkat Negeri Kedah sempena Majlis Anugerah Sukan Untuk Semua Peringkat Negeri Kedah 2009 yang telah berlangsung pada 10hb Oktober 2009, di Hotel Holiday Villa, Alor Setar Kedah.  Kelab ini secara langsungnya akan mewakili Negeri Kedah bertanding di peringkat Malaysia yang bakal diadakan tidak lama lagi.  Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Merbok sekali lagi ingin mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada semua barisan jawatankuasa KSK Tanjung Dawai......TERUSKAN USAHA ANDA.

Saturday, October 3, 2009

Kemeriahan Rumah Terbuka UMNO Bahagian Merbok - 3.10.2009


Bersama Dato' Jamil Khir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Dato' Ketua UMNO Bahagian Merbok


Kenangan bersama AJK UMNO Bahagian Merbok


Hehee...Inilah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok yang masih single, Saudara Anuar Ahmad


Naib Ketua Puteri, AJK Puteri, Ahli Puteri Alor Setar & Ketua Cawangan Taman Pahlawan


Wajah-wajah AJK Biro ICT


Kenangan Ahli Puteri Merbok bersama Dato' Jamil Khir


G5 Pergerakan Puteri UMNO Merbok bersama Datuk Zubir, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Merbok


Friday, October 2, 2009

Gempa Bumi di Indonesia


Dalam kemeriahan menyambut Syawal, tiba-tiba kita digegarkan dengan tragedi yang berlaku di Padang, Indonesia.Walaupun ianya berlaku di negara jiran, tetapi gegaran ini tetap di rasai oleh rakyat Malaysia terutamanya oleh penduduk yang berada di  pantai barat  Semenanjung  Malaysia. Kemungkinan gegaran susulan  dijangka akan berterusan dan berikutan itu kami berharap agar kita semua  sentiasa berhati-hati apabila isyarat tsunami telah dikeluarkan dan berada jauh daripada kawasan pantai.

Berikutan daripada rasa keinsafan yang tulus ikhlas yang terbit dari lubuk hati sanubari kami, melihat keluarga yang terlibat dalam malapetaka tersebut yang telah kehilangan ahli keluarga serta tempat tinggal dan kebanyakan daripada mereka hanya tinggal sehelai sepinggang maka kami Puteri Merbok ingin turut sama membantu dengan membuat kutipan baju-baju terpakai dengan niat dan tujuan untuk didermakan kepada mangsa-mangsa gempa bumi yang terlibat.Walaupun sumbangan daripada kami mungkin kecil, namun sedikit sebanyak diharap dapat membantu insan yang amat memerlukan pertolongan disana. Kepada sesiapa yang ingin mendermakan pakaian, bolehlah berbuat demikian dengan berhubung terus dengan Biro Kebajikan Puteri Merbok di talian 017-462 8685. Sumbangan anda amatlah kami hargai dan kami ucapkan terima kasih.