Monday, November 30, 2009

Lemang "1M" Puteri Merbok


Acara membakar lemang


Sessi memasukkan daun pisang ke dalam buluh


Di IPD Kuala Muda


Penyerahan lemang kepada Jabatan Kerajaan oleh Datuk Zubir

Setiap kali menjelang Hari Raya, pelbagai makanan tradisional Melayu menjadi pilihan.  Salah satunya yang tidak dapat dipisahkan ialah lemang.  Menyedari hakikat itu, Pergerakan Puteri Merbok bergotong-royong membakar lemang untuk diagihkan kepada Jabatan Kerajaan di sekitar Parlimen Merbok. Matlamat penganjuran program ini ialah untuk mewujudkan keyakinan dan sokongan masyarakat dan jabatan kerajaan untuk terus menyokong UMNO dan BN.  Sebaik sahaja selesai membakar lemang-lemang tersebut jam 1:30 pagi, Pergerakan Puteri ditemani oleh Ketua Penerangan UMNO Merbok Datuk Zubir dan beberapa Ketua Pemuda Cawangan untuk mengagihkan lemang kepada Jabatan Kerajaan. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama sekali kepada Ahli-ahli Puteri UMNO, Ketua-ketua Pemuda UMNO Cawangan, AJK UMNO Cawangan Jalan Badlishah dan AJK UMNO Bahagian Merbok.

Tuesday, November 24, 2009

Program TURBA

Pada 22.11.2009 Pergerakan Puteri Merbok telah berjaya menemui pengundi-pengundi di 3 Peti Undi, di Dun Tg. Dawai hasil kerjasama dengan KEMAS, KEDA, JKM, LKIM, Kesihatan, Pertanian dan beberapa lagi Agensi Jabatan Kerajaan. Peti Undi yang terlibat adalah Peti Undi Sungai Pial, Peti Undi Kampung Huma dan Peti Undi Tanjung Dawai. Hasil daripada program ini, sebanyak 50 keahlian baru puteri telah berjaya di daftarkan. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali ahli-ahli puteri cawangan di dun Tanjung Dawai.

Bergambar bersama sebahagian petugas puteri di Peti Undi Sg. Pial


Konvoi Motor untuk menemui pengundi dari rumah ke rumah


Time to rempit....tgh bersabar menanti pengadil menuip wisel....


Salah di sisi undang-undang ni...helmet pun tak pakai


Bungkusan coklat untuk kanak-kanak


Sibuk mengagihkan kalender puteri

Sunday, November 1, 2009

Kebakaran di Market Taman Ria

Inilah wajah terbaru Market Taman Ria, Sungai Petani Kedah setelah Ahli-ahli Bomba dari Balai Bomba Sungai Petani berjaya memadamkan api kebakaran yang mula merebak jam 3:30 petang pada 29.10.2009.