Monday, November 30, 2009

Lemang "1M" Puteri Merbok


Acara membakar lemang


Sessi memasukkan daun pisang ke dalam buluh


Di IPD Kuala Muda


Penyerahan lemang kepada Jabatan Kerajaan oleh Datuk Zubir

Setiap kali menjelang Hari Raya, pelbagai makanan tradisional Melayu menjadi pilihan.  Salah satunya yang tidak dapat dipisahkan ialah lemang.  Menyedari hakikat itu, Pergerakan Puteri Merbok bergotong-royong membakar lemang untuk diagihkan kepada Jabatan Kerajaan di sekitar Parlimen Merbok. Matlamat penganjuran program ini ialah untuk mewujudkan keyakinan dan sokongan masyarakat dan jabatan kerajaan untuk terus menyokong UMNO dan BN.  Sebaik sahaja selesai membakar lemang-lemang tersebut jam 1:30 pagi, Pergerakan Puteri ditemani oleh Ketua Penerangan UMNO Merbok Datuk Zubir dan beberapa Ketua Pemuda Cawangan untuk mengagihkan lemang kepada Jabatan Kerajaan. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama sekali kepada Ahli-ahli Puteri UMNO, Ketua-ketua Pemuda UMNO Cawangan, AJK UMNO Cawangan Jalan Badlishah dan AJK UMNO Bahagian Merbok.

No comments:

Post a Comment