Monday, September 28, 2009

Jom Ke Bagan Pinang.


Sudah lebih dari seminggu kita menyambut Hari Raya,masing-masing saling kunjung-mengunjungi sanak saudara serta rakan taulan,bermaaf maafan antara satu sama lain serta sama-sama melupakan segala persengketaan yang lampau.
Dan kini tibalah masa untuk kita kembali berkumpul serta bersatu tenaga untuk ke Bagan Pinang untuk memastikan kemenangan akan kembali berpihak kepada UMNO/BN.Namun dalam masa yang sama kita masih tertanya-tanya siapakah calun yang sesuai yang bakai menjadi calun BN di Dun Bagan Pinang nanti.Siapa pun calun yang bakal dipilih yang pasti pihak yang memilih haruslah mengambil kira dari pelbagai segi dan aspek agar peristiwa di Dun Manik Urai dan Permatang pasir tidak kembali berulang.Di Bagan Pinang inilah bakal menjadi titik permulaan untuk membuktikan kemampuan parti BN amnya.Jika silap percaturan,maka hancurlah segala cita-cita serta impian untuk mengembalikan kembali kemasyuran BN seperti yang sebelumnya.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin



Kami Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Merbok ingin menyusun 10 jari memohon maaf di atas semua kesalahan.  Terima kasih atas kebaikan dan kerjasama yang telah dihulurkan selama ini.  Semoga persaudaraan & persahabatan terus terjalin.
Selamat Menyambut
Hari Raya Aidil Fitri 
serta
Maaf Zahir & Batin.

Thursday, September 17, 2009

Lagi-lagi MIC punya hal..

Wajah ceria bekas pemimpin yang menjadi kesayangan ramai hingga ke hari ini.

Dalam kemeriahan untuk menantikan kedatangan Syawal yang makin hampir,ingatkan orang Melayu/Islam masing-masing dah boleh tenangkan fikiran serta fokuskan kepada kemeriahan yang bakal menjelma,namun isu yang telah ditimbulkan telah kembali menyengat dan membuatkan kita kembali tersentak.
Semalam 16 Sept 2009 Malay Mail bawa cerita utama "ACT AGAINST DR MAHATHIR, MIC YOUTH CHIEF SAYS"

Ingat dah reda isu Peter Pungkok Hitam Sugumaran cadang untuk Kalong Selipar pada gambar Tun Dr Mahathir, rupa-rupanya tidak ! penyakit GILA BABI ini dah merebak sepantas SELSEMA BABI H1N1 dan menjangkiti pada Ketua Pemuda MIC, PARIA T. MOHAN .

T.MOHAN dengan angkuh mendesak UMNO mengambil tindakan tegas terhadap Tun Dr Mahathir yang kononya telah mencampuri hal ehwal dalam parti MIC, katanya "MIC delegates have the right to criticise Dr Mahathir or anyone who intervene in our internal affairs"

Bunyi kenyataan ini cukup biadap dan kurang ajar dan datang dari mulut seorang anak muda yang baru setahun jagung dalam politik. Siapa T.Mohan yang biadap ini ? Beliau merupakan calon MIC di DUN N16 Batu Caves pada PilihanRaya Umum ke 12 tahun 2008. Hindu paria ini kalah teruk di tangan YB Amirudun Shari dari PKR dengan majoriti 3,639, cuba bayangkan DUN Batu Caves merupakan kubu kuat pengundi INDIA dan MIC belanja berjuta juta ringgit untuk bina kuil dan Tuhan Lord Muruga di dalam kompleks Batu Caves. Tetapi oleh kerana benci orang -orang INDIA terhadap SAMY, T.MOHAN dan MIC dan yang jadi mangsa ialah BN.
T.Mohan ini juga merupakan budak suruhan KJ, BELIAU TELAH MEMBUAT KENYATAAN MENDESAK NAJIB UNTUK MELANTIK KJ SEBAGAI MENTERI.
Orang -orang Melayu apakah kita ini datang dari keturunan PENGECUT ? kalau jawabnya tidak, kita kena bangun dari tidur dan tentukan paria -paria ini ditendang keluar dari BARISAN NASIONAL. MANUSIA PERTAMA YANG HARUS DI USIR KELUAR IALAH PARIA SAMY VELLLLU, beliau merupakan perancang utama dalam episod dan drama ini.
Arkitel ini di kaji dan di tulis oleh...1 Melayu...sama-sama kita renungkannya...

Tuesday, September 15, 2009

Masih ada yang sayang

Jelas terpandang keceriaan di wajah keluarga ini
Penolong SU Puteri sibuk mencari saiz baju untuk adik ini.
Dalam kemeriahan untuk menanti kedatangan syawal yang akan menjelma dalam 3 hari lagi, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Merbok juga memahami keperluan serta keinginan satu keluarga untuk meraikan hari yang mulia ini dengan berpakaian baru, dengan niat untuk membantu kami berikhtiar untuk menyediakan keperluan pada saat-saat akhir kepada satu keluarga yang serba kekurangan  dari Bukit Selambau.
Puteri Merbok telah diamanatkan untuk menyampaikan zakat daripada seorang tokoh  berhati emas dan beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Merbok pada satu ketika dulu. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Merbok merasa amat sukacita dengan perhatian serta niat suci sesetengah pihak yang begitu prihatin untuk sama-sama berkongsi kegembiraan untuk menyambut Syawal yang mulia ini. Alhamdulillah...moga dimurahkan rezeki serta ditinggikan martabat kita semua.

Monday, September 14, 2009

Seronoknya dapat Baju dan Duit Raya...

Datin Noraini sedang mendengar rintihan dari Encik Jasni, bapa tunggal kepada 4 orang anak. 
Seronoknya anak-anak ini dapat memakai baju raya baru.
Keprihatian dari isteri-isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional.
Pergerakan Puteri Merbok dengan kerjasama Bidara Kedah telah melawat seorang bapa tunggal iaitu Encik Jasni yang tinggal bersama 4 orang anaknya setelah isteri tercinta lari meninggalkan beliau dan anak-anak.  Beliau menumpang teduh di rumah neneknya di Zon Kenangan, Amanjaya. Beliau juga yang sudah tidak bekerja selama tiga bulan kerana menghidap penyakit hanya mengharapkan bantuan dari orang ramai untuk memberi anak-anaknya sesuap nasi.  Atas dasar keprihatian, Bidara Kedah telah menyumbangkan baju, kuih dan duit raya untuk Encik Jasni dan anak-anaknya bagi menyambut Hari Raya yang tinggal lagi seminggu untuk kita umat islam meriakannya.  Turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada keluarga ini ialah Puan Shahanim Mohamad Yusof, Naib Ketua Puteri Malaysia dan Datin Noor Adawiyah Morad, isteri Ketua UMNO Bahagian Merbok.   Jutaan terima kasih dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Merbok atas segala sumbangan yang diberikan bagi meringankan beban keluarga ini,

Lawatan ke Rumah Anak Yatim Che Bema bersama Bidara Kedah

Khusyuk mendengar penerangan mengenai Rumah Anak Yatim Che Bema dari Penjaga Rumah Anak Yatim
Rombongan dari Bidara Kedah yang di Ketuai oleh Datin Noraini Abdullah
Sebahagian daripada Anak-anak Yatim yang mendiami Rumah Anak Yatim Che Bema
Dalam kesibukan untuk menyambut hari lembaran tidak lama lagi, Pergerakan Puteri Merbok tidak lupa kepada anak-anak yatim yang telah kehilangan Ibu dan Ayah tercinta.  Oleh yang demikian, kami telah berkunjung ke Rumah Anak Yatim Che Bema untuk menyelami hati anak-anak ini menjelang Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi. Kami amat bertuah kerana kunjungan ini turut di sertai oleh Bidara Kedah yang di Pengerusikan oleh Datin Noraini Abdullah, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia Puan Shahanim Mohamad Yusof dan Isteri Ketua UMNO Bahagian Merbok Datin Noor Adawiyah Morad

Friday, September 11, 2009

Bersahur Bersama Satu Keluarga Di Kampung Perak

Naib Ketua Puteri sedang mencedok nasi
Sumbangan keperluan dapur untuk Tuan Rumah
Dalam kemeriahan menyambut Syawal yang bakal menjelang tidak beberapa hari lagi, di Batu 38 1/2 Kampung Perak, Bukit Selambau terdapat sebuah keluarga  menyambut Ramadhan dalam serba daif. Berbuka dengan apa yang ada, bersahur dengan apa yang mampu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Meninggalkan tilam yang empuk, kami Puteri Merbok bertolak  dari Sungai Petani menuju ke Kampung Perak tepat jam 4.10 pagi  meredah hujan bagi bersama-sama bersahur dengan keluarga Mohd Amri. Kunjungan kami di maklumkan terlebih dahulu kepada beliau sekeluarga dan kami membawa bersama sedikit keperluan dapur untuk meringankan beban beliau sekeluarga. Beliau berpendapatan yang tidak menentu hanya menjual ikan dan terpaksa menyara 4 orang anak yang masih kecil. Kehidupan yang serba kekurangan menyentuh hati kami ketika bersahur bersama. Tapi itulah hakikat kehidupan.
Para dermawan diluar sana, hulurkan tangan ringankan beban keluarga ini. Semoga mereka ini dapat merayakan aidilfitri akan datang dengan penuh ceria dan lebih bermakna.
Atas dasar prihatin dan menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Thursday, September 10, 2009

Kemeriahan Majlis Sumbangan Zakat Hari Raya

Bergambar bersama Naib Ketua Puteri Malaysia, Ketua Puteri Merbok, Ketua Penerangan Bahagian dan Ahli-ahli Puteri Bahagian Merbok.
Penyampaian Wang Tunai serta Beras Pulut kepada 100 orang warga miskin di Dun Tanjung Dawai.
Kanak-kanak berbaris panjang untuk mendapatkan duit raya daripada Naib Ketua Puteri Malaysia serta Ketua Puteri Bahagian Merbok.
Sebahagian daripada penerima-penerima Zakat menunggu dengan sabar kehadiran YBhg. Puan Shahanim Mohamad Yusof selaku Naib Ketua Puteri Malaysia sambil mendengar azimat yang disampaikan oleh Ketua Puteri Bahagian Merbok serta Ketua Penerangan Bahagian Merbok.
Sidang Akhbar bersama Media sesudah majlis selesai.
Ungkapan syukur serta terima kasih daripada kami Puteri Merbok kepada semua barisan AJK bahagian serta cawangan serta semua ahli-ahli puteri yang bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan majlis ini, jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada Naib Ketua Puteri Malaysia kerana sudi hadir untuk turut sama memeriahkan serta merasmikan majlis kami pada petang ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Ketua Penerangan Bahagian Merbok kerana turut serta dalam majlis kami serta banyak memberikan sokongan serta bimbingan kepada kami warga puteri khasnya untuk terus maju serta sama-sama berperanan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat juga kegemilangan UMNO. Terima kasih semua.

Tuesday, September 8, 2009

Majlis Sumbangan Zakat Hari Raya

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Merbok akan menganjurkan Majlis Sumbangan Zakat Hari Raya di Dun Tanjung Dawai pada 09.09.09.  Seramai 100 orang-orang susah telah dikenalpasti oleh Ketua-ketua Puteri Cawangan di Dun Tanjung Dawai untuk menerima zakat tersebut.  Insyaallah, Ketua Pergerakan Puteri Merbok iaitu Puan Shaqirah Muin yang masih berada dalam pantang akan turut serta dalam majlis ini.  Semua dijemput hadir untuk sama-sama meraikan majlis ini. Terima kasih.

Monday, September 7, 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia

 
YAB Tan Sri  Muhyiddin Yassin menyampaikan azimat kepada para hadirin yang hadir di majlis berbuka puasa pada 7hb September 2009 di PWTC.

Barisan puteri yang hadir di majlis berbuka puasa bersama TPM di PWTC. Berdiri kiri dari belakang : Penolong Setiausaha Puteri Kubang Pasu - Ros, Penolong Bendahari Puteri Merbok - Zaira, Puteri Bahagian Setiawangsa - Nora, Ketua Puteri Negeri Kedah - Shima dan Ketua Puteri Kubang Pasu - Wan Zauyah 

Sunday, September 6, 2009

Bubur Lambuk Puteri

Sumbangan kepada Ketua Puteri Cawangan Sungai Layar Fasa 3 di Dun Tanjung Dawai
Sumbangan kepada Ketua Puteri Cawangan Anggerik 1,2, 3 di Dun Bukit Selambau
Ahli-ahli Puteri Cawangan Rumah Murah di Dun Tanjung Dawai sibuk memasak Bubur Lambur
Sempena menyambut bulan ramadan yang berkat dan  mulia ini, Pergerakan Puteri Umno Bahagian Merbok telah turun ke padang untuk menyerahkan beras dan wang tunai untuk membeli bahan dan rencah membuat bubur lambok bagi membolehkan Puteri di peringkat cawangan menjalankan aktiviti di cawangan masing-masing.  Di sini juga, Pergerakan Puteri  Umno Bahagian Merbok ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja yang telah sudi memberikan sumbangan untuk menjayakan program ramadan tahun ini. 

Saturday, September 5, 2009

Ketua Puteri Cawangan Yang Malang

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Merbok telah mendapat khabar berita bahawa salah seorang ahli puteri iaitu Ketua Puteri Cawangan Sungai Lalang Norzamzila Binti Marzuki telah di timpa musibah di tempat kerja sehingga menyebabkan kecederaan di pinggangnya. Ekoran dari kejadian tersebut, beliau terpaksa  menjalani pembedahan di bahagian pinggang di Hospital Sultan Abd. Halim, Sg. Petani Kedah  pada bulan Julai 2009 yang lepas. Namun nasib masih tidak menyebelahi beliau kerana doktor telah mengesahkan bahawa terdapat jangkitan kuman sewaktu pembedahan dilakukan dan kuman tersebut telahpun merebak sehingga menjangkiti saraf serta fungsi mata beliau dan menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan mata  di Hospital Selayang. Kesan daripada pembedahan tersebut, beliau mengalami kecacatan mata kanan yang kekal.
Atas dasar rasa bertanggungjawab serta rasa kekeluargaan, Puteri Bahagian Merbok yang diwakili oleh Naib Ketua Puteri iaitu Puan Siti Hajar Ismail serta barisan jawatankuasa yang lain iaitu Pen. Setiausaha Puteri, Puan Suhaina Mohd Azhar, Ketua Cawangan Taman Pahlawan Puan Faridah Tajalis, Ahli Puteri Cawangan Sungai Lalang Zuraidah Hashim serta wakil daripada Biro Kebajikan Puteri telah berkunjung ke kediaman keluarga Norzamzila dan turut merasa sedih serta bersimpati dengan nasib malang yang menimpa beliau. Puteri Bahagian Merbok juga telah menghulurkan sedikit sumbangan agar ianya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh beliau sekeluarga. Seandainya ada dikalangan anda yang bersimpati serta ingin memberi sumbangan kepada beliau silalah berbuat demikian dengan menyalurkan bantuan ke dalam akaun yang berkenaan.
- NORZAMZILA BT MARZUKI
- Maybank : 1520 5901 4535.
Segala sumbangan anda amatlah dihargai.

Friday, September 4, 2009

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Azman Bin Mohd Nor - Adun Bagan Pinang

Al-Fatihah..
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Merbok ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham Azman Mohd Nor.Segala jasa baik serta pengorbanan allahyarham semasa menjalankan tugas dalam UMNO amat kami sanjungi serta kami ingati.Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan moga allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amin

Thursday, September 3, 2009

ADUN Kota Siputeh Kekal.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak dihadiri oleh ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif pada 19 April dan 9 Ogos lalu bukan dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal persidangan dalam erti kata Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.
Sebaliknya, ia adalah dua mesyuarat berturut-turut untuk dua penggal yang berbeza dengan tempoh masa antara kedua-duanya selama tiga bulan 20 hari.
Perkara itu diputuskan oleh mesyuarat khas SPR setelah meneliti dokumen dan fakta yang dikemukakan kepadanya menerusi kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, dengan ini SPR memutuskan bahawa kerusi N.3 Kota Siputeh masih disandang oleh Abu Hasan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun lalu.- utusan malaysia.
Mungkin ramai yang beranggapan UMNO pasti menarik nafas lega di atas keputusan yang telah dibuat oleh SPRM kerana dalam masa yang sama, ramai yang percaya seandainya berlaku pertandingan di Kota Siputeh kemungkinan besar untuk BN mengekalkan kerusi di Dun tersebut adalah sukar kerana memandangkan kepada keputusan yang diperolehi di Permatang Pasir yang tidak langsung menyebelahi BN pada  bulan lepas.Namun apa jua keputusan yang telah dibuat ,pastinya akan membuatkan barisan pembangkang secara  kekal mempersoalkan kreadibiliti SPRM dan membuat andaian serta persepsi yang bertentangan dengan kenyataan tersebut walaupun disertakan bukti serta fakta yang nyata.