Monday, September 28, 2009

Jom Ke Bagan Pinang.


Sudah lebih dari seminggu kita menyambut Hari Raya,masing-masing saling kunjung-mengunjungi sanak saudara serta rakan taulan,bermaaf maafan antara satu sama lain serta sama-sama melupakan segala persengketaan yang lampau.
Dan kini tibalah masa untuk kita kembali berkumpul serta bersatu tenaga untuk ke Bagan Pinang untuk memastikan kemenangan akan kembali berpihak kepada UMNO/BN.Namun dalam masa yang sama kita masih tertanya-tanya siapakah calun yang sesuai yang bakai menjadi calun BN di Dun Bagan Pinang nanti.Siapa pun calun yang bakal dipilih yang pasti pihak yang memilih haruslah mengambil kira dari pelbagai segi dan aspek agar peristiwa di Dun Manik Urai dan Permatang pasir tidak kembali berulang.Di Bagan Pinang inilah bakal menjadi titik permulaan untuk membuktikan kemampuan parti BN amnya.Jika silap percaturan,maka hancurlah segala cita-cita serta impian untuk mengembalikan kembali kemasyuran BN seperti yang sebelumnya.

3 comments:

  1. Moga BN beroleh kemenangan di Bagan Pinang,makcik pun turun jugak,berkempen dan sambut raya sekali kat sana.Boleh la singgah rumah sedara mara kat sana sekali.

    ReplyDelete
  2. Semoga kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional.

    kak ida

    ReplyDelete
  3. awat BN boh ISa tuu..??Ni adalah buah buah kekalahan niiee..Kita tunggu lah tengok.BN maseh relevan atau Tidak.!

    ReplyDelete