Thursday, September 3, 2009

ADUN Kota Siputeh Kekal.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak dihadiri oleh ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif pada 19 April dan 9 Ogos lalu bukan dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal persidangan dalam erti kata Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.
Sebaliknya, ia adalah dua mesyuarat berturut-turut untuk dua penggal yang berbeza dengan tempoh masa antara kedua-duanya selama tiga bulan 20 hari.
Perkara itu diputuskan oleh mesyuarat khas SPR setelah meneliti dokumen dan fakta yang dikemukakan kepadanya menerusi kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, dengan ini SPR memutuskan bahawa kerusi N.3 Kota Siputeh masih disandang oleh Abu Hasan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun lalu.- utusan malaysia.
Mungkin ramai yang beranggapan UMNO pasti menarik nafas lega di atas keputusan yang telah dibuat oleh SPRM kerana dalam masa yang sama, ramai yang percaya seandainya berlaku pertandingan di Kota Siputeh kemungkinan besar untuk BN mengekalkan kerusi di Dun tersebut adalah sukar kerana memandangkan kepada keputusan yang diperolehi di Permatang Pasir yang tidak langsung menyebelahi BN pada  bulan lepas.Namun apa jua keputusan yang telah dibuat ,pastinya akan membuatkan barisan pembangkang secara  kekal mempersoalkan kreadibiliti SPRM dan membuat andaian serta persepsi yang bertentangan dengan kenyataan tersebut walaupun disertakan bukti serta fakta yang nyata.

6 comments:

  1. Nasib baik la keputusan SPRM menyebelahi BN..kalau tidak PRK pulak...insya-Allah PRU 13 nie BN tawan semula Kedah, Pulau Pinang dan Selangor..take beer..!!!

    ReplyDelete
  2. by Dato Shamsudin Hj. Nawawi

    Undang-undang apa yang benarkan SPR sanggah Dewan Undangan Negeri?
    Pada 1hb Sept 2009, saya telah menulis "Kerusi Kosong atau Tidak Keputusan Dewan Bukan SPR". Saya menyatakan kalau mengikut Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang, keputusan mengesahkan ada berlaku kekosongan luar jangka adalah pada Dewan dan bukan nya SPR.
    Dewan Undangan Negeri (dibaca juga sama erti dengan Parlimen) ADALAH salah satu dari TIGA cabang pemerintahan negara secara demokratik. Yang lain ada Executive dan Judiciary. Dibandingkan Dewan/Parlimen dengan SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR), SPR tidak sepatutnya mempunyai apa-apa kuasa yang melebihi Dewan! SPR TIDAK BOLEH OVERRULE apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh DEWAN!
    Dalam hal menentukan samada berlaku kekosongan dalam Dewan, sepatutnya SPR hanya menjalankan pilihanraya atas pengistiharan kekosongan oleh DEWAN dan bukannya mengeluarkan satu perintah atau keputusan mesyuarat mengenepikan keputusan atau peristiharan yang telah dibuat oleh DEWAN.
    Dibawah ini dipamirkan kenyataan atau keputusan mesyuarat SPR mengenai Kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri N.3 Kota Siputeh, Kedah.

    Secara ringkasnya SPR memutuskan setelah bermesyuarat bahawa :-

    1. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah ada peruntukan mengistiharkan kekosongan luar jangka jika seseorang ADUN itu tidak hadir mesyuarat Dewan 2 kali berturut-turut.(Ini berbeza dengan Pahang dan juga Parlimen Malaysia yang menyebut "tidak hadir pada tiap-tiap persidangan Dewan dalam masa 6 bulan")
    2. Untuk menentukan samada kerusi itu kosong atau tidak atas sebab tidak hadir kerana ada surat cuti sakit, Dewan Kedah sepatutnya rujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan untuk membuat keputusan.
    3. Oleh kerana tidak di rujuk kepada Jawatankuasa Hak, kerusi itu tidak dikira kosong dan surat cuti sakit itu adalah sah dan terpakai.

    Apa yang diputuskan oleh SPR, KALAU ianya berkaitan dengan DEWAN UNDANGAN PAHANG, ianya adalah bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang Perkara 25 (1) dan adalah tidak sah; yang boleh dibaca dibawah.
    "Jika berbangkit apa-apa soalan sama ada seseorang ahli Dewan Negeri itu telah lucut kelayakannya menjadi ahli, maka hendaklah diambil keputusan Dewan Negeri dan keputusan itu adalah muktamad"


    Soalan yang timbul.

    1. Kenapa SPR tidak terima apa yang telah diistiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Kedah?
    2. Bolehkah SPR membuat keputusan bercanggah dengan keputusan yang tealh dibuat oleh Dewan?
    3. Ahli Dewan adalah answerable kepada Dewan atau kepada SPR?
    4. Dalam kes Kota Siputeh Kedah ini, ahli Dewan berkenaan diminta memberi penjelasan kepada SPR walaupun penjelasannya mengenai ketidakhadiran mesyuarat Dewan itu telah ditolak oleh Speaker Dewan.
    5. Dari peruntukan undang-undang mana datangnya kuasa SPR untuk menyanggah atau mengenepikan keputusan yang telah dibuat oleh Dewan?

    Sebagai analogy?
    Perlukah Dewan merujuk dulu kepada Jawatankuasa Hak & Kebebasan, setiap kali berlaku kekosongan akibat kematian?
    SPR adalah Suruhanjaya dan sepatutnya patuh kepada keputusan Dewan dan bukannya diberi kuasa untuk mengenepikan keputusan Dewan.
    Tugas SPR ialah menjalankan pilihanraya dan bukannya menentukan samada Pilihanraya diadakan atau tidak diadakan!

    SPR tidak boleh menjadi Mahkamah dalam menentukan kedudukan seseorang Ahli Dewan dan bukan sama sekali "Mahkamah Rayuan" bagi ahli Dewan yang telah dilucutkan kerusinya!

    ReplyDelete
  3. Salam Dato,

    Saya mempunyaai pendapat yang berbeza dalam isu ini.Ada beberapa Perkara yang perlu dirujuk dan dihalusi berkenaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah(UUTKNK),cuba kita teliti isi kandungan Perkara 51,52 dan 53 UUTKNK:

    Perkara 51 "Jika mana -mana ahli bagi Dewan Negeri tiada hadir didalam Dewan dengan tiada kebenaran Speaker didalam dua kali mesyuarat beturut-turut maka tempatnya itu menjadi kosong"

    Perkara 52 "Jika berbangkit apa apa soalan fasal adakah mana mana Ahli Dewan Negeri itu tiada layak menjadi ahli maka hendaklah diambil keputusan Dewan dan itulah yang muktamad"

    Perkara 53 " Fasal (5)UUTKNK memberi SPR kuasa untuk memastikan jika ada berlakunya kekosongan luar jangka dan tarikh berlakunya kekosongan luar jangka itu"

    Perkara 51 adalah kabur serta kurang jelas dan ianya mengundang tafsiran berkenaan dua kali mesyuarat berturut turut.SPR membuat tafsiran dua kali berturut turut mestilah dalam satu penggal manakala kes ini berlaku dalam dua penggal.
    a.Mesyuarat kelima Penggal Persidangan PERTAMA Dewan - 19 April 2009.

    b.Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan KEDUA Dewan 9 OGOS 2009

    SPR mentafsirkan Berturut turut bermakna satu diikuti dangan satu lagi didalam satu Penggal.Ini bermakna ADUN Kota Seputeh kekal menjadi ADUN.

    Speaker Dewan juga agak cuai dan kurang teliti,sepatutnya sebelum beliau memaklumkan kepada SPR adalah lebih baik beliau menubuhkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan untuk bersidang bagi membuat keputusan dan hasil keputusan dihantar kepada SPR.Tiap tiap individu sepatutnya dipanggil untuk bela diri sebelum apa apa tindakan diambil.Dalam kes ini Speaker terus jump the gun dan mengabaikan 'NATURAL JUSTICE'.

    Perkara 52 dan 53 akan saya huraikan kemudian,nampaknya pilihan yang terbaik ialah menyerah perkara ini kemahkamah dan biarlah mahkamah memutuskannya.Tetapi Parti Pembangkang cukup pelik, jika keputusan tidak menyebelahi mereka, mereka akan engkar Perintah Mahkamah,lihat apa yang berlaku diNegeri Perak,bukan saja Hina Mahkamah mereka juga turut menghina Raja.

    Bekas Presiden Mahkamah Tentera 12 MELAYU

    ReplyDelete
  4. Terima kasih AAH di atas penerangan yang begitu teliti serta berasas.Apabila sesuatu keputusan yang dibuat adalah berdasarkan undang2 serta fakta.Tiada siapa yang harus menyangkal keputusan tersebut.Pihak pembangkang sekarang masih berusaha keras untuk memanipulasi keadaan serta apapun bentuk keputusan yang dibuat tanpa cuba utk meneliti undang2 yang telah terselit dalam perlembagaan tersebut.Pada tafsiran mereka sebarang keputusan serta apa jua keadaan yang menyebelahi UMNO adalah tidak benar.Oleh itu,pembangkang haruslah menjadikan ini satu pengajaran..dan jangan terlalu mudah utk melemparkan fitnah serta dakyah yang kurang cerdik untuk kelihatan sebagai parti yang cukup 'Adil' dimata rakyat.

    ReplyDelete
  5. undang-undang yang boleh dicabar dengan undang2...itulaa undang2 manusia yang sentiasa flip flop..

    nota: dato shamsudin merupakan setpol MB Pahang dan bukan dari kalangan pembangkang..

    ReplyDelete
  6. eN.tEddY,

    Undang undang ciptaan manusia perlu diubah dari masa kemasa untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa.

    Undang undang yang terdapat didalam AlQuran tidak boleh dipinda, ianya diturun oleh ALLAH sebagai panduan hidup untuk manusia.

    Saya rasa setPol MB Pahang kena baca semula keputusan SPR dan Undang undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mungkin anda tersilap ?

    Ikhlas,
    1 Melayu

    ReplyDelete