Friday, September 11, 2009

Bersahur Bersama Satu Keluarga Di Kampung Perak

Naib Ketua Puteri sedang mencedok nasi
Sumbangan keperluan dapur untuk Tuan Rumah
Dalam kemeriahan menyambut Syawal yang bakal menjelang tidak beberapa hari lagi, di Batu 38 1/2 Kampung Perak, Bukit Selambau terdapat sebuah keluarga  menyambut Ramadhan dalam serba daif. Berbuka dengan apa yang ada, bersahur dengan apa yang mampu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Meninggalkan tilam yang empuk, kami Puteri Merbok bertolak  dari Sungai Petani menuju ke Kampung Perak tepat jam 4.10 pagi  meredah hujan bagi bersama-sama bersahur dengan keluarga Mohd Amri. Kunjungan kami di maklumkan terlebih dahulu kepada beliau sekeluarga dan kami membawa bersama sedikit keperluan dapur untuk meringankan beban beliau sekeluarga. Beliau berpendapatan yang tidak menentu hanya menjual ikan dan terpaksa menyara 4 orang anak yang masih kecil. Kehidupan yang serba kekurangan menyentuh hati kami ketika bersahur bersama. Tapi itulah hakikat kehidupan.
Para dermawan diluar sana, hulurkan tangan ringankan beban keluarga ini. Semoga mereka ini dapat merayakan aidilfitri akan datang dengan penuh ceria dan lebih bermakna.
Atas dasar prihatin dan menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

12 comments:

  1. Baguih la puteri buat program mcm ni..jgn asyik dok berbuka or bersahur di hotel-hotel mewah ja..ingat-ingat la sama kepada orang yg lebih memerlukan

    ReplyDelete
  2. Tak sangka Puteri mampu dan sanggup buat program mcm ni...Tahniah adik-adikku di Merbok

    ReplyDelete
  3. Keep it up,carry on with the good work,may ALLAH BLESS ALL OF YOU,bagi tau apa yang diperlukan ,sikit sikit tu tak ada masaalah.

    ReplyDelete
  4. bagus la anak2 putriku semua,keprihatinan anak2 semua amat makcik kagumi,seharusnya perkara sebegini menjadi ikutan para pemimpin atasan di setiap bahagian.Langkah yang diambil memang amat bersesuaian dengan moto yg dilaungkan oleh PM kita..walaupun makcik ni dah wanita namun semangat anak2 semua amatlah makcik pandang tinggi,makcik berharap agar anak2 putri akan beroleh rahmat daripada tuhan dan manalah tahu satu hari nanti anak2 putri semua bakal menjadi pemimpin pelapis yg dapat meneruskan perjuangan untuk membela nasib bangsa dan rakyat jelata .Selamat Berjaya!

    makcik bedah

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas sokongan serta kata-kata semangat daripada anda.Kami amat menghargai sokongan padu serta perhatian daripada anda semua.Bukan sekadar pujian atau kata-kata perangsang yang kami inginkan tetapi kesudian semua pihak untuk menunjukkan keprihatinan dlm setiap isu atau peristiwa yg ingin kami kongsi bersama, moga semua yg membaca sama-sama mendapat sedikit rasa keinsafan serta mensyukuri nikmat allah kerana mengurniakan kita rahmat kehidupan yang tiada sebarang kecacatan.Amin.

    ReplyDelete
  6. syabas, puteri merbok yang begitu mengambil berat akan masyarakat setempat. Atas usaha yang dilakukan semoga dapat meringankan beban yang ditanggung. Puteri ni rajin sungguh buat amal kebajikan bagi menolong penduduk dalam merbok. Semoga usaha ini dapat menjadikan satu dorongan kepada yang lain untuk terus berbakti.

    ReplyDelete
  7. Semuga aktiviti diteruskan tanpa mengira pema. Diharap dengan ativiti berterusan dan berfaedah akan dapat menggamit hati-hati yang hitam sebelum ini kembali menyokong perjuangan yang tidak pernah selesai ini.....

    http://pelantaqhujah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. alhamdullilah..

    Puteri mampu melangkah 1 tapak lagi..merasai nikmat pahit getir orang lain. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik kalian..

    Wassalam..

    ReplyDelete
  9. Uih...sedapnye....

    http://nasionalis1982.blogspot.com/

    AIDCclub

    ReplyDelete
  10. Mintak kerjasama semua ahli2 putri UMNO Merbok ke rumah Ketua Ptr Bahagian di Taman Peruda pada 15 hb ni untuk sessi gotong-royong membersih laman dan menyimpan umah sempena menjelang hari raya aidilfitri..ini juga merupakan salah satu daripada perancangan tahunan Ptri Bhg Merbok dimana mengandung, bersalin dan berpantang sempena bulan puasa...bantulah mereka yang masih lemah..

    ReplyDelete
  11. Ahli2 puteri Merbok ni..kalu dpt sms dr Ketua puteri Merbok br betoi la ada pgrom..harap tulis dlm blog ni..sori la jwpnya nak p umah dia.

    ReplyDelete
  12. Tak salahkan kalau pi untuk melawat Ketua Puteri. Dia pun tak suruh pi duk gotong royong umah dia. Ambik ja pembantu rumah endon, selesai masalah.

    ReplyDelete