Saturday, September 5, 2009

Ketua Puteri Cawangan Yang Malang

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Merbok telah mendapat khabar berita bahawa salah seorang ahli puteri iaitu Ketua Puteri Cawangan Sungai Lalang Norzamzila Binti Marzuki telah di timpa musibah di tempat kerja sehingga menyebabkan kecederaan di pinggangnya. Ekoran dari kejadian tersebut, beliau terpaksa  menjalani pembedahan di bahagian pinggang di Hospital Sultan Abd. Halim, Sg. Petani Kedah  pada bulan Julai 2009 yang lepas. Namun nasib masih tidak menyebelahi beliau kerana doktor telah mengesahkan bahawa terdapat jangkitan kuman sewaktu pembedahan dilakukan dan kuman tersebut telahpun merebak sehingga menjangkiti saraf serta fungsi mata beliau dan menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan mata  di Hospital Selayang. Kesan daripada pembedahan tersebut, beliau mengalami kecacatan mata kanan yang kekal.
Atas dasar rasa bertanggungjawab serta rasa kekeluargaan, Puteri Bahagian Merbok yang diwakili oleh Naib Ketua Puteri iaitu Puan Siti Hajar Ismail serta barisan jawatankuasa yang lain iaitu Pen. Setiausaha Puteri, Puan Suhaina Mohd Azhar, Ketua Cawangan Taman Pahlawan Puan Faridah Tajalis, Ahli Puteri Cawangan Sungai Lalang Zuraidah Hashim serta wakil daripada Biro Kebajikan Puteri telah berkunjung ke kediaman keluarga Norzamzila dan turut merasa sedih serta bersimpati dengan nasib malang yang menimpa beliau. Puteri Bahagian Merbok juga telah menghulurkan sedikit sumbangan agar ianya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh beliau sekeluarga. Seandainya ada dikalangan anda yang bersimpati serta ingin memberi sumbangan kepada beliau silalah berbuat demikian dengan menyalurkan bantuan ke dalam akaun yang berkenaan.
- NORZAMZILA BT MARZUKI
- Maybank : 1520 5901 4535.
Segala sumbangan anda amatlah dihargai.

4 comments:

  1. Bagus usaha sebegini dijalankan, nampak keperihatinan Putri Merbok.

    ReplyDelete
  2. Inshallah akan saya bincang dengan Dr Haris Fadzillah ,Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim bagaimana perkara ini boleh berlaku serta tindakan susulan yang perlu dilakukan.

    ReplyDelete
  3. Naib Ketua Pu3 UMNO Bhgn MerbokSeptember 6, 2009 at 1:50 PM

    1Melayu

    Terima kasih kerana prihatin kepada hal-hal sebegini.Jasa baik tuan saya dahului ucapan terima kasih.


    Hubungi saya jika ada perkembangan dari pihak hospital.

    ReplyDelete
  4. Sedih dengan nasib yg menimpa beliau. Dengan tiba-tiba sahaja kurniaan Allah yg tidak ternilai itu hilang sekelip mata. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan..

    Chubby, Merbok

    ReplyDelete