Tuesday, September 15, 2009

Masih ada yang sayang

Jelas terpandang keceriaan di wajah keluarga ini
Penolong SU Puteri sibuk mencari saiz baju untuk adik ini.
Dalam kemeriahan untuk menanti kedatangan syawal yang akan menjelma dalam 3 hari lagi, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Merbok juga memahami keperluan serta keinginan satu keluarga untuk meraikan hari yang mulia ini dengan berpakaian baru, dengan niat untuk membantu kami berikhtiar untuk menyediakan keperluan pada saat-saat akhir kepada satu keluarga yang serba kekurangan  dari Bukit Selambau.
Puteri Merbok telah diamanatkan untuk menyampaikan zakat daripada seorang tokoh  berhati emas dan beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Merbok pada satu ketika dulu. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Merbok merasa amat sukacita dengan perhatian serta niat suci sesetengah pihak yang begitu prihatin untuk sama-sama berkongsi kegembiraan untuk menyambut Syawal yang mulia ini. Alhamdulillah...moga dimurahkan rezeki serta ditinggikan martabat kita semua.

9 comments:

  1. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Semoga rezeki hamba Allah yang memberi zakat pada keluarga yang memerlukan itu mendapat keberkatan dunia & akhirat.

    ReplyDelete
  2. Fullamak!!!

    Seronoknya budak-budak tu dapat dilihat dari pancaran pada wajah mereka....

    ReplyDelete
  3. aku salute betoi2 kat puteri merbok tu..kurang kurangkan jugak beban orang yang betul-betul memerlukan itu.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya kepada puteri semua.



    makcik bedah.

    ReplyDelete
  5. TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA Pu3 MERBOK ! Kerja kerja Kemanusiaan begini amat mulia disisi Agama Islam.Memberi keceriaan dan harapan kepada sesama manusia merupakan JIHAD yang cukup tinggi nilainya.

    Ada ramai SUKARELAWAN didalam NGO kemanusiaan yang sanggup korban dirinya atas nama KEMANUSIAAN DAN RAMAI YANG TELAH TERKORBAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS TUGAS MURNI INI.

    There are few PRINCIPLES to be observe in the conduct of giving aids to the needy:

    1.Aid is given regardless of RACE,CREED OR NATIONALITY of the recipients.

    2.Aid will not be used to further a particular POLITICAL or RELIGIOUS standpoint.

    Semuanya ada 10 perkara didalam Charter PERTUBUHAN BANGSA BANGSA BERSATU.Akan saya ulas semuanya kemudian hari.

    Nasihat saya kepada Pu3 Merbok jadilah blog ini sebuah blog yang bukan saja tertumpu kepada kerja kerja kebajikan saja sebaliknya jadilah blog ini sebuah blog yang merangkumi semua bidang seperti Ekonomi, Pendidikan, Sosial,Politik dan semua isu isu semasa merangkumi dalam dan luar negara.

    Kalau terlalu banyak cerita dan gambar yang melibatkan bantuan kebajikan maka asas penubuhan Pu3 telah gagal.Contoh blog yang baik, lihat blog UMNO Bahagian Cheras dan jangan ikut blog dari meja Ketua UMNO Bahagian Merbok,tak ada apa apa artikel yang boleh dikongsi bersama,yang ada hanya gambar Ketua Bahagian.

    ReplyDelete
  6. 1 Malay,

    Terima kasih atas teguran kepada Puteri, mereka akan belajar dari kesilapan.

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..

    ReplyDelete
  8. Memang ler...bab2 pilih baju,gincu, bedak ni NKP3,SUP3 dan BP3 memang pakar...cakap jer nak fashion mana semua ada...turki, arab, hindustan..bangla semua ada...

    Tapi yang hairan mana perginya KP3 Merbok x nampak muka pun..jadi jurugambar atau memang x reti pilih baju..orang kampung la katakan raya pakai kain batik jer..oo lupa orang baru lepas bersalin mana boleh pakai sebarangan kena pakai bedung..nanti x ramping...

    Walau macam manapun Biduk ucap tahniah di atas usaha P3 Merbok di atas usaha2 murni tu...tapi kena ikhlas tolong orang tau...baru dapat pahala...

    ReplyDelete