Monday, September 14, 2009

Seronoknya dapat Baju dan Duit Raya...

Datin Noraini sedang mendengar rintihan dari Encik Jasni, bapa tunggal kepada 4 orang anak. 
Seronoknya anak-anak ini dapat memakai baju raya baru.
Keprihatian dari isteri-isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional.
Pergerakan Puteri Merbok dengan kerjasama Bidara Kedah telah melawat seorang bapa tunggal iaitu Encik Jasni yang tinggal bersama 4 orang anaknya setelah isteri tercinta lari meninggalkan beliau dan anak-anak.  Beliau menumpang teduh di rumah neneknya di Zon Kenangan, Amanjaya. Beliau juga yang sudah tidak bekerja selama tiga bulan kerana menghidap penyakit hanya mengharapkan bantuan dari orang ramai untuk memberi anak-anaknya sesuap nasi.  Atas dasar keprihatian, Bidara Kedah telah menyumbangkan baju, kuih dan duit raya untuk Encik Jasni dan anak-anaknya bagi menyambut Hari Raya yang tinggal lagi seminggu untuk kita umat islam meriakannya.  Turut menghulurkan sumbangan peribadi kepada keluarga ini ialah Puan Shahanim Mohamad Yusof, Naib Ketua Puteri Malaysia dan Datin Noor Adawiyah Morad, isteri Ketua UMNO Bahagian Merbok.   Jutaan terima kasih dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Merbok atas segala sumbangan yang diberikan bagi meringankan beban keluarga ini,

2 comments:

  1. Dapat juga anak2 mereka beraya dengan baju baru..alhamdulillah..syabas puteri Merbok...teruskan perjuangan anda.



    makcik bedah

    ReplyDelete
  2. Anak- anak itu tidak mengenal akan tibanya syawal tidak lama lagi, tapi kita yang ada harus mengingati pada mereka yang mengerti. Moga pahala kita beroleh pada bulan al Mubarak ini.

    ReplyDelete