Friday, October 2, 2009

Gempa Bumi di Indonesia


Dalam kemeriahan menyambut Syawal, tiba-tiba kita digegarkan dengan tragedi yang berlaku di Padang, Indonesia.Walaupun ianya berlaku di negara jiran, tetapi gegaran ini tetap di rasai oleh rakyat Malaysia terutamanya oleh penduduk yang berada di  pantai barat  Semenanjung  Malaysia. Kemungkinan gegaran susulan  dijangka akan berterusan dan berikutan itu kami berharap agar kita semua  sentiasa berhati-hati apabila isyarat tsunami telah dikeluarkan dan berada jauh daripada kawasan pantai.

Berikutan daripada rasa keinsafan yang tulus ikhlas yang terbit dari lubuk hati sanubari kami, melihat keluarga yang terlibat dalam malapetaka tersebut yang telah kehilangan ahli keluarga serta tempat tinggal dan kebanyakan daripada mereka hanya tinggal sehelai sepinggang maka kami Puteri Merbok ingin turut sama membantu dengan membuat kutipan baju-baju terpakai dengan niat dan tujuan untuk didermakan kepada mangsa-mangsa gempa bumi yang terlibat.Walaupun sumbangan daripada kami mungkin kecil, namun sedikit sebanyak diharap dapat membantu insan yang amat memerlukan pertolongan disana. Kepada sesiapa yang ingin mendermakan pakaian, bolehlah berbuat demikian dengan berhubung terus dengan Biro Kebajikan Puteri Merbok di talian 017-462 8685. Sumbangan anda amatlah kami hargai dan kami ucapkan terima kasih.

5 comments:

  1. Program ini mendapat kerjasama daripada Biro Tugas-tugas Puteri Negeri Kedah yang di Pengerusi oleh Puan Suriati Che Mid dan mendapat sokongan dari 8 bahagian yang akan bersama mengadakan kutipan ini. Kepada ahli-ahli puteri di Bahagian Sungai Petani, Kulim/Bdr Baru, Padang Serai, Baling, Pendang, Padang Terap dan Jerlun, anda boleh menghubungi terus Pergerakan Puteri masing-masing untuk mendermakan baju-baju terpakai. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Baju baju yang terpakai tu biarlah yang boleh pakai dek org kampung sana , kerana masyarakat Sumbar kebanyakkan beragama islam dan ramai antara mereka ini bercucuk tanam, bersawah dan kerja menenun telekong. Jadi yang ingin menderma perlu fikir akan kriteria2 mereka ini.

    sekian

    ReplyDelete
  3. Salam ,

    Memberi pakaian bukan satu pilihan yang baik kerana sikap penyumbang cukup pelik,mereka akan memberi pakaian yang telah lusuh yang bakal dibuang..Ini akan membuat Kawasan bencana menjadi longgokan pakaian lusuh dan akhirnya akan dibakar.

    Pilihan terbaik ialah memberi bantuan 'hygene kit'atau kit kebersihan seperti ubat gigi,sabun mandi,sabun basuh,berus gigi,towel wanita,pampers,dan banyak lagi yang boleh didapati dari pengilang pengilang tempatan.

    Ini pengalaman peribadi saya sebagai sukarelawan kemanusiaan dimana mana saya berada.Lepas selesai fasa pertama ini barulah bermula fasa pembangunan semula sessebuah bandar.

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan kata 1Melayu, setakat nak kutip baju terpakai tak payah susahkan diri anda, kumpul $$ @ cari dana mana2 kemudian salurkan pada saluran yang betul. Bukan apa takot barang tidak sampai kepada mangsa di sana.
    Pohon buat homework dulu sikit.@ semak semula dengan badan2 yang berkenaan ,bantuan bagaimana hendak disalurkan atau amati apa yang mangsa perlu tika ini.Tidak pun pergi tengok dulu tempat, manatau buleh ke sana sambil selam minum air.

    ReplyDelete
  5. tak pa sumbangan mcm mana pun asalkan baju-baju tu yg elok. kalau sumbang $$ saja bukan semua yang ada $$. kalau baju insyaallah la...disamping tu kalau ada sumbangan lain mesti PUTERI Merbok mengalu-alaukan...

    ReplyDelete