Monday, October 12, 2009

Tahniah BN !!!


Kemenangan besar yang diperolehi oleh Tan Sri Isa Samad yang mewakili BN dengan jumlah undian sebanyak 8013 mengalahkan calon daripada PAS Zulkefly Mohamad Omar yang hanya mendapat undian sebanyak 2578 dengan perbezaan majoriti sebanyak 5435 telah mengembalikan semangat kebanyakan ahli dalam BN serta memberikan gambaran yang BN masih lagi relevan serta masih diterima oleh rakyat.Walau pelbagai persepsi serta tafsiran yang telah dibuat dalam tempoh berkempen serta bermacam tohmahan yang diterima.Namun rakyat tetap memilih calon BN iaitu Tan Sri Isa Samad di Dun Bagan Pinang.Sokongan padu ini telah diterjemahkan oleh rakyat setempat melalui undian yang telah diterima dengan jumlah yang begitu memberangsangkan.Moga sokongan yang diterima ini akan berterusan dan ucapan tahniah kepada semua barisan jentera yang bertungkus lumus dalam memastikan kemenangan BN.Syabas diucapkan kepada Tan Sri Isa Samad. Tidak dilupakan barisan pucuk pimpinan yang turut sama 'turun padang' serta menyertai program serta  pelbagai kempen yang telah diadakan pada tempoh tersebut,moga kejayaan ini akan menjadi semangat untuk kita sama-sama memastikan 'Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan...' HIDUP BN !!!!

5 comments:

  1. Tahniah!!!!!atas kemenangan Bagan Pinang. Syabas kepada yang bertungkus lumus dalam kemenangan ini. Tanpa jentera penggerak, bukan mudah nak memperolehi kemenangan dengan situasi politik masa kini.Tahniah juga kepada seluruh penduduk Bagan Pinang atas pemilihan yg tepat.

    ReplyDelete
  2. BN jangan dok bangga sangat..hanya nampak d bagan pinag je menang...lain lain tempat kalah teruk...

    ReplyDelete
  3. PAS menang dulu pun sbb PRK kat tempat depa...Bila time PRK tempat kita menang depa lorat sangat pulak...bukan boleh tengok org lebih sikit..asyik nak dengki saja..

    makcik bedah.

    ReplyDelete
  4. 1.Semua ahli UMNO gembira saya yang keluar UMNO pun tumpang dan turut serta gembira.

    2.Tetapi adakah kita semua sedar bahwa harga untuk menang di Bagan Pinang adalah cukup mahal.Mantan PM Flip Flop Abdullah Badawi telah meninggalkan UMNO dalam keadaan kucar kacir dan akibatnya Najib mewarisi kepimpinan parti yang lemah lagi korup dan beliau terpaksa memberi kompromi kepada bukan Melayu walaupun banyak dari pemberian ini sebenarnya tidak akan menambahkan sokongan kepada Kerajaan dan BN.

    3.Contohnya kaum INDIA,mereka telah menuntut bermacam macam perkara dan semuanya telah ditunai oleh Najib antaranya mengikriraf Makal Sakhti(serpihan HINDRAF yang telah diharamkan),peruntukan RM 100 juta untuk sekolah Tamil,RM 60 juta peruntukan wang TEKUN dan RM 1 BILLION untuk Amanah Saham 1 Malaysia.

    4.Kaum INDIA di Bagan Pinang telah akur pada Makal Sakhti dan memberi undi mereka kepada BN.Adakah undi mereka ini akan berterusan hingga ke PRU 13 ? ianya sukar diramal tapi yang pasti mereka akan terus buat tuntutan demi tuntutan.Apa akan jadi pada Bangsa kita?

    ReplyDelete
  5. Kita jangan terlalu menunding jari kepada orang @ kaum lain sedangkan 4 jari lagi masih menunding pada kita. BN harus lebih berusaha memulihkan perpaduan kaum, kepercayaan pengundi2 kaum lain kepada kepimpinan BN.

    BN sendiri lalai dalam mengambil tahu keperluan2 setiap kaum dinegara kita.Sikap mementingkan hanya kepada satu komponen parti tertentu membuatkan ahli2 komponen lain berasa tidak senang hati.Apa salahnya jika peruntukkan disalurkan pada SRJK(C/T)????Adakah PRU2 yang lalu kaum cina dan india tidak mengundi BN ke sehingga BN menang majoriti besar disetiap DUN dan Parlimen..???

    Kita semua tahu Malaya/Tanah Melayu/Malaysia sememangnya hak2 istimewa orang2 Melayu tapi kita kena ingat kaum lain juga rakyat Malaysia...mereka juga mempunyai hak untuk bersuara dan juga sedikit ruang untuk hidup selesa dinegara kita.

    Dahulu calon2 BN yang masuk bertanding dalam PRU atau PRK akan berasa selesa dengan mengharapkan undi ketiga-tiga kaum utama di Malaysia ni...tapi sekarang belum pasti undi2 kaum lain dapat membantu kemenangan BN..ini kerana kepercayaan kaum lain pada BN sebagai parti yang memperjuangkan hak semua kaum seringkali menjadi persoalan dan dipertikaikan. Besertakan pula dengan beberapa insiden yang melibatkan kaum ini mempersendakan kaum itu lah..yang membuatkan mereka sekarang ini berfikir 2x untuk mengundi BN..

    Muhasabah diri...

    ReplyDelete