Saturday, October 24, 2009

BAJET 2010


Perdana Menteri Malaysia

Hari ini 23hb Oktober 2009, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak telah membentangkan Bajet 2010, yang berjumlah RM191.5 bilion dengan tiga strategi utama untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.  Dalam bajet bertemakan "1 Malaysian Kemakmuran Bersama", beliau mengumumkan penubuhan Dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan tabungan terbesar RM100 untuk biaya aktiviti kemasyarakatan. Mulai 2010, penjawat awam boleh membuat pinjaman beli komputer setiap 3 tahun. Kerajaan menyediakan subsidi dan insentif hampir RM 2 bilion untuk sektor pertanian pada 2010 termasuk subsidi harga padi RM400 juta, subsidi baja padi RM300 juta dan elaun sara hidup untuk nelayan RM130 juta. RM30 bilion disediakan untuk pendidikan menengah & rendah, biasiswa dan tingkat prasarana termasuk membina 80 sekolah baru. Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini telah bertukar menjadi Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar dan RM48 juta telah diperuntukan untuk membasmi kemiskinan bandar. Klinik 1 Malaysia setaraf Klinik Desa akan di dirikan di kawasan perumahan dalam bandar yang beroperasi dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam dengan menyewa rumah kedai.

Kesemua Kementerian dan Jabatan Kerajaan akan disediakan pusat asuhan & jagaan kanak-kanak khusus untuk kakitangan awam.  Bayaran khas RM500 yang sebelum ini diberikan kepada kakitangan sokongan diperluaskan kepada Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara kakitanga awam.  RM21 bilion disediakan untuk meningkatkan perkhidmatan polis seperti hadir di kawasan ramai, balai polis bergerak di 50 hotspot, latihan 3,000 Rela dan Jabatan Pertahanan Awam dan RM37 bilion lagi untuk tingkat kecekapan polis dengan kelengkapan moden & canggih, sasaran turun indeks jenayah kepada 5% dan indeks jenayah jalanan 20%.  Pelepasan diri pembayar cukai kini naik daripada RM8,000 kepada MR9,000.  Kadar cukai individu, koperasi & bukan pemastautin turun kepada 26%.  Golongan bekerja sendiri seperti pemandu teksi, nelayan & penjaja ditawarkan sertai KWSP dalam Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia. Tiap caruman RM100 sebulan, kerajaan carum 5%, menjadikan dalam 15 tahun simpanan berjumlah RM40,000.

Peranan Wanita untuk menguruskan keluarga sangat penting dan dengan itu kerajaan telah memperuntukan RM180 juta untuk latihan kemahiran melalui Jabatan Pembangunan Wanita dan Amanah Ikhtiar Malaysia.  50,000 miskin tegar & 4,000 orang asli dibantu dengan latihan & jana pendapatan.  Perdana Menteri mengarahkan agihan bantuan JKM mesti pada hari pertama tiap bulan.  Selain tawaran 44,000 rumah DBKL untuk dijual kepada penyewa, 74,000 lagi rumah kos rendah akan dibina pada tahun 2010 bagi tujuan sewaan.  Subsidi petrol dan diesel serta komoditi lain akan disusun semula pada 2010 bagi memastikan hanya golongan sasar layak merasai skim itu.

Akhir sekali, seesungguhnya inilah satu persembahan yang tulus dan ikhlas daripada kerajaan yang menjiwai rakyat.  Bulatkan tekad, tetapkanlah hasrat, menjunjung gagasan 1 Malaysia, segala yang mustahil akan pasti menjadi nyata.  1 MALAYSIA, KEMAKMURAN BERSAMA.

(Semua maklumat Bajet 2010 boleh di dapati di http://www.treasury.gov.my)

No comments:

Post a Comment