Sunday, November 1, 2009

Kebakaran di Market Taman Ria

Inilah wajah terbaru Market Taman Ria, Sungai Petani Kedah setelah Ahli-ahli Bomba dari Balai Bomba Sungai Petani berjaya memadamkan api kebakaran yang mula merebak jam 3:30 petang pada 29.10.2009.










4 comments:

  1. Salam..agak lama CCZ perhatikan, dan mungkin kali ini akan ada sedikit teguran. Puteri kena masuk kampung. Banyak ahli Puteri di kampung dipinggirkan. Benar! Masuk UMNO atas sukarela tetapi Merbok masih punyai keahlian ahli yang paling ramai di kampung. Nyatakan aktiviti-aktiviti dan program untuk Puteri di kampung. Jangan biarkan kemajuan IT hanya dinikmati di bandar dan taman.

    Sesekali CCZ perlu berkata benar. Ramai Puteri di kampung yang sudah meninggalkan Puteri. Duit bukan penghalang utama untuk bergerak. Yang penting tumpuan. Jangan hanya kita warnakan kanvas liputan Puteri hanya sekelompok kawasan yang sedikit. Palitan warna harus meluas.

    Sedikitnya maklumat dan penulisan menggambarkan Puteri yang hambar.

    ReplyDelete
  2. Untuk pengetahuan CCZ..Pergerakan Puteri Merbok sekarng ni giat menjalankan aktiviti yg lebih menjanakan pendapatan kpd semua ahli umno di merbok tak kira puteri atau wanita. Sudah 2 bulan, emak saya menjalani kursus jahitan yg mana mengikut sembang emak saya dgn ketua puteri merbok, beliau inginkan ahli2 puterinya berdikari dgn memberi pengetahuan dari segi kemahiran. Dgn adanya kemahiran, ianya dpt membantu menjana pendapatan puteri merbok. Menurut emak saya kursus ni berjalan selama 2 tahun, dan beliau jugak memberi elaun kepada peserta2 kursus Rm200 tiap2 bulan sehingga tamat kursus bagi memudahkan peserta2 datang belajar. Walaupun hanya mendapat RM200 tp bagi saya sekeluarga, ianya amat bermakna sekurangnya dapat meringankan beban emak saya yg telah menjadi ibu tunggal selama 15 tahun. Memang ramai peserta yg mengikuti kursus ni. Ada yang datang dari tg. dawai dan bukit selambau. Saya pun kadang-kadang dok ikut juga emak p kursus tu, nak belajar juga tp kak qirah tak bagi sebab tak cukup umur lagi. Dia kata ini adalah hadiah utk ahli puteri merbok sebelum dia menamatkan jawatannya sebagai Ketua Puteri Merbok. Lepas ni blh la depa semua berdikari tanpa mengharapkan bantuan dari orang lain. Dia akan rasa bangga bila dapat melihat ahli puterinya berjaya. Terima Kasih kak kerana prihatin terhadap kami orang-orang susah.

    ReplyDelete
  3. Betoi..Anoms...saya pun duk perati dari jauh gak.Kak Qirah byk nak bantu puteri dia utk menjana hasil untuk masa depan.Dia byk idea dalam menjalankan program atau pun aktivit puteri...sama lah dengan saya.Terima kasih kak..Next term jgn berhenti lagi..kak boleh terus sambung sebagai Ketua Puteri Merbok. Kami di bawah ni akan sokong kak.

    ReplyDelete
  4. banyak terpampang laman sesawang UMNO sama ada di peringkat cawangan, Bahagian mahupun sayap-sayapnya di seluruh negara wujud, tapi yang saya tak pernah lihat ialah laman sesawang UMNO Bhg Pdg. Serai. Wujud lagikah UMNO Bhg tersebut. Cuba P3 tolong tengok-tengok sikit, kalau-kalau keris yang patah dah jadi bulat putih. Malang sungguh, UMNO Bhg Pdg Serai ketinggalana hampir 50th kebelakang dalam perang IT. Tolong tengok lah sikit.....kawan kita tu..

    ReplyDelete