Thursday, September 10, 2009

Kemeriahan Majlis Sumbangan Zakat Hari Raya

Bergambar bersama Naib Ketua Puteri Malaysia, Ketua Puteri Merbok, Ketua Penerangan Bahagian dan Ahli-ahli Puteri Bahagian Merbok.
Penyampaian Wang Tunai serta Beras Pulut kepada 100 orang warga miskin di Dun Tanjung Dawai.
Kanak-kanak berbaris panjang untuk mendapatkan duit raya daripada Naib Ketua Puteri Malaysia serta Ketua Puteri Bahagian Merbok.
Sebahagian daripada penerima-penerima Zakat menunggu dengan sabar kehadiran YBhg. Puan Shahanim Mohamad Yusof selaku Naib Ketua Puteri Malaysia sambil mendengar azimat yang disampaikan oleh Ketua Puteri Bahagian Merbok serta Ketua Penerangan Bahagian Merbok.
Sidang Akhbar bersama Media sesudah majlis selesai.
Ungkapan syukur serta terima kasih daripada kami Puteri Merbok kepada semua barisan AJK bahagian serta cawangan serta semua ahli-ahli puteri yang bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan majlis ini, jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada Naib Ketua Puteri Malaysia kerana sudi hadir untuk turut sama memeriahkan serta merasmikan majlis kami pada petang ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Ketua Penerangan Bahagian Merbok kerana turut serta dalam majlis kami serta banyak memberikan sokongan serta bimbingan kepada kami warga puteri khasnya untuk terus maju serta sama-sama berperanan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat juga kegemilangan UMNO. Terima kasih semua.

9 comments:

  1. Puteri UMNO Merbok,
    kami dari Dun Tg Dawai nak ucap bebanyak terima kasih lah di atas keprihatinan yg diberikan. Zakat yg kami terima itu mudah-mudahan diberkati. Terus berbakti Puteri UMNO Merbok.

    ReplyDelete
  2. Semoga Puteri Merbok tidak jemu-jemu untuk menghulurkan sumbangan kepada orang-orang yang tidak berkemampuan di Parlimen Merbok.

    ReplyDelete
  3. Mana pi Ketua,Timbalan dan Naib Ketua UMNO Bahagian Merbok ? Nampaknya Pu3 Merbok dah dapat Ketua Bahagian yang baru ! bagus la tu, ada juga orang Bahagian yang simpati pada perjuangan Pu3 Merbok.

    Program Pu3 Merbok lebih ligat dari program Bahagian,Bahagian masih nyenyak tidor kot !

    ReplyDelete
  4. Arumugam pillai EstateSeptember 10, 2009 at 11:42 AM

    WOW ! Hebat Dato Zubir dikelilingi oleh PUTERIS ! Kalau Dr Ismail tengok ni gerenti dia PENGSAN,sekarang dah confirm la Dr Ismail dah dipinggirkan oleh bukan saja Pu3 tapi oleh semua sayap dalam Bahagian.

    WAKE UP Dr Ismail anda telah dipintas oleh Dato Zubir !

    ReplyDelete
  5. bukan senang bahagian nak jinakkan pu3 yang keras kepala itu..tapi jika kena gaya buleh dok ambil gambar bersama bersama kira bonus bahagian la tuu..

    Puteri jangan cepat melatah..Ada apa muslihat yang mereka itu sedang aturkan..Hati-hati!!!

    ReplyDelete
  6. Puteri ni nampak ja lembut..tapi punya la keras kepala..mcm jinak-jinak merpati..rapat boleh tp di tangkap lari..

    ReplyDelete
  7. Ada pepatah mengatakan..

    Jinak-jinak merpati,
    Di kepung- kepung pun lari,
    Jinak-jinak si kucing,
    Di manja-manja di cakar juga.

    Jinak- jinak puteri
    Di hulur- hulur
    Dapat di tangkap jua...

    tunggukan sambungannya....

    ReplyDelete
  8. Hebat jugak Puteri Merbok ni. Ingatkan puteri merbok ni xdak program..sebab dok tgk sunyi sepi ja. Baguih la org kata, diam-diam berisi..jgn jd mcm tin kosong..bunyi ja kuat, tp dalam apa pun xdak..Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  9. Puteri-puteri Merbok ni bukannya keras kepala, tetapi saja nak jaga reputasi sebagai puteri Merbok. Kan nanti apa kata org pulak kalau duk lembut kepala sgt...tetapi kalau kena gayanya depa ni boleh bagi sepenuhnya kerjasama kalau minta pertolongan depa ni...

    ReplyDelete