Friday, August 28, 2009

Orang Atas Pagar Lebih Rasional Daripada UMNO,PAS dan PKR?

Tajuk di atas adalah dipetik dari blog CCZ,Puteri teringin untuk berkongsi pendapat,jika tersilap harap di maafkan.
Orang atas pagar lebih rasional kerana mereka tidak terlibat langsung dalam mana-mana parti dan hanya tahu menikmati segala kemudahan serta kesenangan yang telah diperjuangkan oleh parti-parti yang tidak mereka ketahui latarbelakangnya.Janji setiap bulan dapat gaji,hutang terbayar,boleh ke sini sana ataupun bercuti pada hujung tahun sudah lebih daripada mencukupi dan mengganggap politik ini adalah sesuatu yang hanya membuang masa serta tidak mendatangkan apa-apa.Sedangkan jika dilihat pada sejarah, UMNO banyak memainkan peranannya dalam pembentukan Malaysia.Mungkin SEMANGAT perjuangan lampau semakin lama semakin pudar lantaran terlalu banyak persepsi serta campurtangan pihak yang tidak berkenaan.Namun ramai yang tidak mahu mendengar tentang sejarah lampau,apa yang ingin mereka dengar adalah parti mana yang lebih kuat dan parti mana yang lebih 'kurap'.

8 comments:

  1. orang atas pagarlah yang 'kadang-kadang' boleh menentukan menang atau kalah satu-satu parti itu. mereka akan melihat sesuatu isu/parti itu dari sudut praktikaliti dan realiti.

    berapa kerat sahaja ahli parti yang benar-benar berjuang untuk parti. mereka berjuang di atas kepentingan tersendiri. tidak kira parti mana.

    ahli parti 'biasanya' akan menyokong apa sahaja resolusi yang parti mereka putuskan tidak kira ianya baik atau pun buruk. ahli parti terikat dengan bermacam-macam red tape dalam parti mereka.

    berlainan pula dengan mereka yang berada atas pagar. mereka akan memberi respon diluar jangkauan pemikiran ahli parti. mereka bebas menilai dan kebanyakkan penilaian mereka adalah bersifat lebih bebas.

    pihak parti sepatutnya meneliti dan mengambil kira setiap respon yang diberikan oleh orang bebas dalam melaksanakan satu-satu perkara.

    kemunduran perjuangan UMNO adalah berpunca daripada orang UMNO sendiri dan bukannya disebabkan oleh mereka yang berada di atas pagar.

    orang atas pagar hanya melihat dari luar apa yang berlaku dan dilakukan oleh orang UMNO, tetapi orang UMNO lah yang tidak dapat menerima kenyataan bahawasanya kelemahan merekalah yang menyebabkan kemunduran tersebut.

    jika kita gagal peperiksaan janganlah pula kita salahkan cikgu tidak pandai mengajar, sekolah tiada kemudahan yang secukupnya. salahkan diri sendiri kerana tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh.

    walaupun berada diatas pagar, jauh disudut hati orang melayu ingin melihat UMNO terus survive dalam mentadbir negara ini. namun ia bergantung kepada UMNO sendiri yang menetukan nasibnya sendiri terutamanya dalam mendepani isu-isu semasa yang sedang melanda negara ini.

    janganlah salahkan orang lain..tetapi carilah jalan terbaik dalam menaikkan semula kegemilangan parti UMNO di mata rakyat khususnya orang melayu.

    lakukanlah sesuatu yang 'munasabah' yang boleh diterima oleh pemikiran rakyat terutamanya orang melayu.

    tiada sebab untuk orang atas pagar untuk tidak memangkah UMNO jika dipandangan mereka UMNO ini perlu dipertahankan walau dengan apa cara sekali pun.

    ReplyDelete
  2. salam 1Malaysia...

    saya org atas pagar (OAP). bukan ahli2 mana2 parti politik. sya mengundi. sya tahu siapa yang nak diundi. sya menyedari dan mengambil tahu perkembangan politik. saya membaca kebanyakan akhbar baik milik kerajaan atau pembangkang. saya membaca pelbagai media alternatif seperti blog tuan ini.
    pandangan tuan menghina org 'atas pagar'. tapi tak apa, sya mmg sudah ada pendirian jelas siapa yang nak disokong. pandangan tuan adalah pandangan yang dibuat mengikut emosi mungkin tanpa fikiran yang waras. saya faham.
    tapi saya rasa najib lebih percaya orang yang tidak berparti daripada org beliau sendiri. Idris Jala (IJ) sbg menteri... siapa IJ? ketua cawangan? ketua bahagian? pengampu?? tuan fikirlah sendiri.
    OAP ni adalah orang yg mengikuti perkembangan politik. mereka buat keputusan berdasarkan mana yang boleh memberi kebaikan. mereka membuat keputusan untuk memberi kesimbangan. kalau mahu kerajaan yang kuat dan bersih, mesti ada pembangkang yang kuat. tak kira BN ke PKR ke. Kalau tidak dikawal, kan berlaku byk penyelewengan. sudah terbukti. 52 tahn BN memerintah... terima kasih. saya hargainya.
    tapi bila berkaitan dengan islam, parti yang ingin mentadbir negara dengan dasar islam, itu first choice.
    52 tahun, terima kasih, UMNO byk membangunkan islam pada dasarnya. tapi belum cukup. mungkin tuan kata negara kita berbilang kaum, tak mungkin negara berasaskan undang2 islam boleh dibina. Adakah UMNO telah cuba? UMNO berada di landasan yang baik untuk menerangkan kepada bukan islam tentang kebaikan dalam kerajaan yang melaksanakan perundangan islam. kena tidak digunakan peluang itu untuk menegakkan undang2 islam, pentadbiran islam? apa yang berlaku, yang menakut2kan org bukan islam dengan hukum islam adalah UMNO sendiri. Yang dihukum sebat 6 rotan pun org islam UMNO sendiri yang pertikai.
    Cuba tuan pikir sendirilah. Ada orang berkata saya akan masuk UMNO dan perbaikinya dari dalam.... berapa ramai orang yang jujur yang berjaya dalam UMNO. Ada tokoh agama dalam UMNO (islam), jadi ADUN, jadi ahli parlimen, tapi bila ada isu menyentuh bab agama, x buka mulut pun.
    ada ADUN yang baru2 ni byk kelulusan agama. tapi bila dah jadi ADUN kadang terikut dengan perangai mencari keuntungan sendiri. rumah dari yg kecik tiba-tiba besar. kontrak kecik2 tiba2 kontrak besar. sebelum bergelar ADUN nampak mcm tak berduit bila jadi ADUN tiba macam jutawan....
    PRU 12, saya cuba pujuk hati nak undi UMNO, tapi bila jumpa sahabat yang mmg totok jiwanya pada UMNO mengutuk calon UMNO, sya jadi tawar hati nak undi...
    itu jelah nak bagitau... salam

    ReplyDelete
  3. Saya adalah salah seorang yang berdiri diatas pagar. Bukan sebab tak suka UMNO tetapi BENCI dengan perjuangan UMNO sekarang yang tak sama macam perjuangan UMNO zaman nenek kita dahulu. Kalau dulu nenek kita sanggup bersusah payah memperjuangkan Parti Orang Melayu ini atas dasar semangat kemelayuan yang kuat dan membantu bangsa melayu yang memerlukan perhatian & sanggup mendengar luahan hati mereka akan tetapi sekarang keadaan jauh berbeza. Saya tahu pihak kerajaan banyak menyalurkan bantuan untuk membantu kami orang kampung. Tetapi malangnya bantuan itu disalah gunakan oleh ketua2 cawangan/bahagian yang hadap sangat dengan bantuan yang diberikan. Kami yang memerlukan bantuan dianak tirikan sedangkan keutamaan diberikan terlebih dahulu untuk saudara mara mereka sebelum sampai ketangan kami. Kami cuma menerima sisa baki bantuan tersebut.

    Adakah hal ini akan berterusan...pihak yang diharapkan oleh kerajaan sebagai wakil mereka telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan. Ibarat KERA DIHUTAN DISUSUKAN ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN.

    Contohnya salah seorang EXCO PUTERI MALAYSIA yang baru setahun jagung menjawat jawatan tertinggi PUTERI MALAYSIA. Sebelum itu beliau adalah Ketua Puteri Negeri,telah mempunyai banyak jenis perniagaan yang telah membuka mata kami yang hanya mampu memandang akan kerakusan kuasa seorang yang berpengaruh. Contohnya beliau mempunyai agensi pelancongan sendiri, beberapa buah bas persiaran yang dibeli dengan tunai, gerai2 untuk di sewa & stesyen minyak. Bagaimanakah kekayaan ini diperolehi dengan sekelip mata, sedangkan kami mengetahui asal usulnya yang bukan dari keluarga yang senang & beliau sendiri bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi.

    Inilah orang yang dikatakan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan........rasanya ini adalah slogan yang bersesuaian sekali.

    SEBAB INILAH WUJUDNYA ORANG ATAS PAGAR SEPERTI SAYA.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas komen yang panjang lebar serta padat daripada pakcik dan pak.Pendapat anda amatlah kami hargai dan terima kasih kerana telah berjaya mencelikkan kami dengan kenyataan tersebut.Insyallah..kami juga berharap dengan kemasukan Idris Jala ke dalam Kementerian akan dapat membantu untuk memulihkan serta mengembangkan lagi ekonomi di Malaysia agar semua rakyat sama-sama beroleh keuntungan dan keselesaan daripadanya.Dengan pengalaman yang di miliki dalam mentadbir serta menerajui Shell dan juga MAS di harap dapat memberi satu kesan yang positif bahawa sesiapa yang berkelayakan adalah sentiasa diberi peluang untuk sama-sama berkongsi ilmu untuk mentadbir negara.Mungkin ini juga satu jalan yang baik bagi menggilap serta memulihkan kembali persepsi rakyat kepada kerajaan maupun UMNO yang kian terhakis serta makin meluntur.

    Lin OAP - Jangan jadikan alasan cemburu atau irihati di atas kejayaan seseorang lantas terus menjadi tawar hati serta berdiri kaku dengan hanya berdiri tegak dan hanya melihat apa yg berlaku di sebalik pagar berkonkrit tinggi.Kenapa tidak turut sama dan merasai naik turun,susah senang,caci maki yang dihadapi dari sudut yang lebih jelas. Selalunya apa yang dilihat daripada luaran tidak akan sama dengan kandungan isinya. 'Dont judge the book by its cover'. Siapa yang ingin menjadi isi dan siapa yang ingin menjadi kulitnya?.Bukan UMNO,PKR,PAS,OAP..tetapi Andalah penentunya.

    Jangan pula marahkan nyamuk,tetapi kelambu dibakar...banyakkan muhasabah diri di bulan yang mulia ini.

    ReplyDelete
  5. Puteri,
    Jawapan anda kepada Lin OAP namp[ak kematangan anda.
    MT yakin jika apa yg apa u all cakap itu dipraktikan u all akan menjadi pemimpin yg rasional dan bijak.
    Jgn hantam keromo, be factual and logical.

    ReplyDelete
  6. saya adalah anak muda yg mula concern dengan politik sejak di bangku sekolah rendah...
    sekarang pemikiran orang lebih terbuka...
    dulu mmg kami sokong UMNO..
    tapi era dsai mmg membuka mata banyak pihak...
    generasi sekarang kebanyakkan yang berpendidikan tinggi sudah mula terbuka...
    saya rasa ketuanan melayu sudah tak relevan lagi dengan konsep 1 malaysia yang najib bawak...
    umno cuma tau mainkan isu sentimen melayu..
    dan memutarbelitkan kenyataan2 pemimpin lawan...
    rakyat sudah tahu menilai...

    ReplyDelete
  7. mmg penulisan anda merendah-rendahkan OAP..
    anda fikir OAP tidak berfikir dan hanya tahu buat rutin hidup...
    OAP mmg tak bias ke mana2 parti..tp bila ada parti yg cuba bermain dengan sentimen...
    nah...OAP lah org yg paling bijak menilai walaupun persepsi mereka salah dan persepsi anda betul...
    so apa yg pnting adalah persepsi OAP itu sendiri...
    saya menjangkakan UMNO mampu membuat sesuatu dengan memainkan isu PAS kuda DAP dan DAP anti Islam....
    tapi jangkaan saya salah selepas merosotnya undi UMNO di Permatang Pasir...
    ternyata rakyat masih menolak UBN...

    ReplyDelete