Monday, August 31, 2009

NEGARA MERDEKA...1 MALAYSIA.

 
Kesyukuranku
Keamananmu
Segalanya atas satu perpaduan

Rakyat bersatu seiring dan maju
Pencapaian jadi mercu

Satu tak mengenal bangsa
Tak memisahkan kita
Terus perkasa

Kita satu Malaysia
Teguh ikrar bersama
Negaraku tercinta
Satu bangsa Satu Malaysia

7 comments:

  1. Salam Ramadan untuk Pu3 Merbok,

    Tahniah dan Shabas kepada penaraju blog Pu3 Merbok,saya tidak sangka anda semua mempunyaai bakat yang tersembunyi didalam bidang penulisan.

    Selepas sedikit teguran oleh saya dan CCZ/mantan Ketua Pu3 Merbok anda terima dengan baik dan mengambil tindakan yang cukup POSITIF,ini petanda cukup baik.

    Peperangan tidak selalunya dimenangi didalam medan pertempuran tetapi jika dikaji dengan teliti kebanyakan peperangan ditamatkan melalui perang sikologi penulisan.

    Dunia sekarang merupakan dunia siber dan kita hendaklah berperang didalam alam siber.Siapa yang pintar berperang dialam siber dia akan menang.

    Semasa berada diTanah Suci Mekah dan Madinah saya tidak bertemu dengan cyber cafe,agak sukar bagi saya untuk mengikuti perkembangan semasa diTanah Air tetapi telefon bimbit saya boleh akses internet maka dapatlah juga saya membaca utusan malaysia online dan beberapa surat khabar online yang lain .Disamping itu SMS memainkan peranan yang amat penting apabila ramai kawan kawan menyalurkan maklumat melaluinya.

    Ybhg Tun Dr Mahathir menubuhkan Cyberjaya dengan infrastruktur yang cukup canggih bagi rakyat malaysia menggunanya 'we are fools if we dont make full use of the facilities'

    Pu3 ! 'A thousand mile journey begins with the first step'anda telah melakukannya.Teruskan maju kehadapan !

    Ikhlas,
    AAH(Mekah 28.8.09)

    ReplyDelete
  2. 1 Malaysia akan terlaksanakah ? dan apa itu 1 Malaysia ? Intipati 1 Malaysia ialah perpaduan diantara kaum didalam negara.

    Bagaimana ianya hendak dilaksanakan ? adakah melalui slogan sahaja,Malaysia telah terlalu banyak dengan slogan dan yang berjaya hanya satu saja iaitu MALAYSIA BOLEH yang dipelopori oleh Ybhg Tun Dr Mahathir manta PM ke empat Malaysia.Sogan yang lain tinggal slogan saja.

    Kata orang tua tua melentur buluh hendaklah bermula dari REBUNGNYA lagi. Kenapa tidak diadakan satu sistem pendidikan 1 SEKOLAH UNTUK SEMUA.Kenapa Pemimpin kita takut sangat untuk meneruskan sistem ini ? adakah takut kaum cina dan india tidak mengundi BN jika sistem ini dilaksanakan.

    Mana lebih penting menyatupadukan Rakyat Malaysia diperingkat awal persekolahan hingga mereka boleh menghayati konsep 1 Bahasa ,1 Bangsa dan 1 Negara atau setakat meraih undi semasa Pilihan raya saja.

    Dalam mana mana negara di dunia tiada sebuah negara pun yang mengamalkan sistem berbagai sekolah dan bahasa.

    Najib ! pemimpin yang baik ialah pemimpin yang berani membuat perubahan dan bukan yang mahu jadi pemimpin POPULAR saja.

    Masanya telah sampai dimana Pucuk Kepimpinan kena berani kata tidak kepada kaum kaum lain yang masih chauvinis dan melampau didalam tuntutan mereka untuk mengekalkan sekolah jenis kebangsaan mereka.

    Rakyat tidak yakin yang konsep 1 Malaysia akan berjaya jika masih ada pemimpin yang takut untuk membuat perubahan. CHANGE WE CAN!

    ReplyDelete
  3. Kepada AAH

    Terima kasih yang tidak terhingga, atas suntikan semangat, dorongan dan respon kepada Puteri Merbok.

    Pergerakan Puteri kini akan cuba sedaya upaya bagi memberi pendekatan yang membina jati diri di alam MAYA ini. Ssesungguhnya PUTERI itu sendiri akan cuba melakukan yang terbaik dalam merealisasikan amanah Satu Malaysia.

    Walau apa pun, yang baik datangnya dari ALLAH dan segala kekurangan datang dari hambanya.

    Wassalam..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kepada AAH di atas penghargaan serta buah fikiran tentang Kemerdekaan.Pujian yang diterima membuatkan kami lebih teruja untuk terus berkarya dan berkongsi sekelumit peristiwa serta pengalaman kami disini.Sesungguhnya Kemerdekaan yang dikecapi hari ini adalah berkat usaha orang-orang yang terdahulu, namun untuk mengekalkan makna sebuah kemerdekaan dan semangat yang sama adalah amat sukar.

    1Malaysia begitu hebat di war-warkan dalam pelbagai bentuk komunikasi serta multimedia,matlamatnya utamanya adalah untuk menyedarkan rakyat tentang pentingnya elemen perpaduan agar semua rakyat kembali berhimpun dibawah satu perjuangan seperti dulu.Mungkin ianya suatu perjalanan yang agak sukar namun seperti kata AAH,pemimipin harus berani membuat perubahan,jangan terlalu ghairah menjaga kepentingan kelompok yang lain hinggakan kepentingan kelompok sendiri terabai...Justeru itu amat besarlah harapan kami agar pengisian Kemerdekaan tahun ini akan lebih tercapai..bukan dari sudut sekerap mana ianya diulangi tetapi sedalam mana ianya dihayati..salam Merdeka..

    ReplyDelete
  5. RUNTUHKAN TEMBOK KAUM - Utusan Malaysia 31 ogos 2009

    TEAR DOWN THE WALLS - The Star 31 ogos 2009

    WOW ! cukup hebat bunyi tajuk berita dimuka depan kedua dua akhbar tersebut.Rakyat tertanya tanya macam mana kita hendak roboh tembok kaum apabila Dato Mukhriz mengutarakan cadangan satu sekolah untuk semua beliau telah dihujani dengan celaan dan maki hamun oleh terutama sekali kaum cina.

    Surat khabar cina hari hari hentam Dato Mukhriz bukan itu saja malah Timbalan Menteri Pendidikan dari MCA turut serta belasah Dato Mukhriz.

    The Star surat khabar milik MCA cukup RACIST, terang terang Pengarangnya membelasah sesiapa saja yang mengutarakan idea satu sekolah untuk semua.Bagi The Star menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan CINA merupakan satu jenayah yang cukup besar dan sesiapa yang mengutarakan idea ini merupakan seorang Penjenayah.

    The Star memang cukup anti Utusan Malaysia dan mereka selalu menyerang sahabat saya AWANG SELAMAT dengan berbagai bagai cemuhan.Tapi hari ini mereka kata Tear down the walls ! bagus dan kita tuntut mereka laksanakan apa yang mereka kata.

    Utusan Malaysia dalam ruang Forum hari ini bawa satu artikel '1 Malaysia acuan Thailand dan Indonesia,ia menceritakan bagaimana kedua dua negara tersebut telah berjaya mengatasi masaalah perpaduan kaum yang menjadi kudis busuk yang sukar diubati.Mungkin Malaysia kena belajar dari Thailand dan Indonesia !

    Najib,Negara Jerman telah merobohkan The Great Berlin Wall dan mereka berjaya menyatukan rakyat jerman timur dan barat.Kenapa Pemimpin kita tidak mahu melaksanakan sistem yang baik dan diakui berjaya diseluruh dunia.

    Najib robohkan sistem sedia ada dan gantikan dengan sistem satu sekolah untuk semua.Percayalah ianya akan berjaya dan Najib akan dinobatkan sebagai Pemimpin yang BERANI membuat perubahan dan bukan hanya menjerit jerit untuk roboh tapi PELAKSANAAN TIADA.

    ReplyDelete
  6. Insyaallah..sama-samalah kita beri sokongan terhadap Najib utk beliau buktikan kejayaan dibawah kepimpinan beliau...1 Malaysia

    ReplyDelete
  7. Kita lah yg patut bersama-sama bg sokongan kepada beliau. Tetapi untuk mendapatkan kejayaan tersebut, kita semua warga UMNO juga perlu ber1 dahulu.

    ReplyDelete